
Jarak dalam perCINTAan
JARAK bukanlah satu alasan untuk TIDAK menjalinkan suatu hubungan..
JARAK bukanlah satu alasan untuk mencari CINTA yang lain..
JANGAN menjadikan JARAK sebagai suatu alasan...
tapi jadikanlah JARAK sebagai sumber kekuatan cinta.....
CINTA tidak semestinya dapat saling melihat antara satu sama lain..
kerana CINTA adalah ikatan batin yang kuat untuk menjalin suatu hubungan...
sejauh manapun ikatan jiwa itu terpisah tp apabila hatinya telah bersatu..
tiada lagi kata dinding pemisah melainkan kekuatan cinta itu sendiri...
CINTA tidak hanya kerana sering terjadi pertemuan dalam berkomunikasi..
CINTA adalah keinginan tulus dan yang ikhlas dalam menjalin suatu hubungan yang suci..
kekuatan cinta itu sendiri yang akan mempertemukan dua insan, walau dalam jarak yg cukup jauh..
kadang-kadang berjauhan itu lebih baik.
Mengapakah?
kerana,
jika dekat :
berkemungkinan menjadikan cinta yang tidak lagi suci
kerana gagalnya mengawal nafsu...
sering nya terjadi pertemuan akan menjadikan cinta itu sendiri menjadi kehancuran....
sering nya terjadi pertemuan akan dapat membuatkan kita jemu dan bosan.
namanya juga manusia yg takkan pernah luput daripada rasa bosan...
jika dekat tak ada rasa rindu yang benar-benar rindu...
semakin sering bertemu maka akan semakin sering juga terjadi pertengkaran..
jika jauh :
kita akan merasa begitu rindu kepada sang kekasih...
di situlah kita mula faham apakah yang di maksudkan dengan RINDU..
semakin lama tak bertemu.. maka semakin kuat pula rasa rindu kita kepada pasangan kita...
jgn kan melihat.. mendengar suara nya pun kita sudah cukup merasa bahagia...
dan itu pula yg akan membuat kita semakin ingin memiliki dan tak ingin kehilangan pasangan kita....
namun :
semua itu tak terlepas dari niat,tujuan,serta keinginan untuk tetap saling memiliki...
semuanya terpulang dari niat masing- masing ...
serius atau tidak dlm menjalin hubungan jarak jauh itu sendiri.
Cinta akan hampa tanpa belaian mesra <--AYAT PENIPU!!
ya, ayat diatas adalahsatu pembohongan yang besar!
cinta yg tulus dan suci tidak mementingkan belaian mesra...
belaian mesra bukan menjadi hal yg utama dlm menjalin suatu hubungan..
kata orang-orang apalah ertinya cinta jika tiada belaian mesra..
jadi, janganlah mudah terpedaya dengan ayat-ayat sebegini..
ia hanya memberi ruang untuk menjadikan cinta yang suci itu menjadi kotor..
SEBAB??
sebab kita mencintai seseorang itu kerana benar-benar ingin memiliki atau hanya kerana pelepasan nafsu..??
kita tanya pada diri kita sendiri...
apa erti dan tujuan cinta kita yang sebenar nya...
apakah sebab kita bercinta?
* Cinta kerana harta kah??
* Cinta kerana nafsu kah??
* Cinta Kerana terpaksa ??
* Cinta kerana kasihan ??
* Cinta kerana ingin di Cintai dan mencintai sehingga menuju ke dalam suatu ikatan yang suci( perkahwinan)
jangan mempermainkan cinta...
kerana cinta itu bukanlah bahan permainan..
hidup dengan cinta akan membuat kita lebih bahagia..
dan hidup tanpa cinta akan membuat kita sengsara...
cintailah dirimu sendiri sebelum kamu mencintai orang lain...
perjuankanlah cintamu walau harus menempuh jalan yang berliku..
dan terkadang harus menelan kepahitan..
tapi itulah cinta ..
Cinta sangat memerlukan PENGORBANAN..
walaupun pengorbanan itu sendiri belum tentu menghasilkan cinta..
CINTA juga tidak semestinya MEMILIKI.
tafsiran cinta dari manusia yang masih belajar apakah makna CINTA
regards,
Fareez
18 August 2014
Kebanyakkan bahan-bahan di bahagian ini adalah salinan daripada kata-kata dari keluarga, sahabat, guru dan kenalan saya di Facebook. Jika anda tidak berpuas hati mahupun tidak mahu mana-mana posting di bahagian ini, sila hantarkan comment anda di sini