Semakin susah, semakin pemurah
by: Fareez
Jom kita tonton dulu video ini
Rasanya orang pun sudah boleh baca apa yang saya mahu sampaikan. Hhhmmm.. satu hipotesis dapat saya buat, "Semakin susah hidup seseorang itu, Semakin pemurah seseorang itu". Mungkin bunyinya agak pelik, tetapi itulah hakikat sebenar. Dua orang gelandangan itu diuji dengan satu pertandingan gusti tangan,dimana pemenang akan mendapat hadiah wang tunai, mungkin dalam RM100 macam tu (tapi sebenarnya duit USD, dan saya tidak tahu nilainya). Apabila salah seorang dah menang, dia di beri RM50 sebanyak dua keping (memang sengaja diberi 2 keping). Apa yang mengkagumkan saya, orang yang menag itu memberi yang kalah itu RM50, dalam erti kata lain, dia berkongsi wang yang dia dapat itu. Yang sorang itu serba salah untuk mengambil duit itu, dan menolak pada mulanya. Dan disitu lah saya mula rasa kagum dengan mereka. Pengajaran yang jelas disitu. Manusia yang sering dipandang hina, dipandang rendah, dipandang serong sebenarnya lebih pemurah. Mungkin mereka lebih memahami rasa susah itu. Tetapi saya hairan, kenapa ada manusia yang ingin menggubal undang-undang dimana pemberi sedekah kepada golongan gelandangan akan disaman (sorry to say that, ia adalah undang-undang SAMPAH...!!).
Saya teringat tentang satu pemikiran dari pensyarah saya iaitu Prof. Madya Abu Bakar Hamid, iaitu pensyarah Teori Amalan Perniagaan Islam di UUM. Saya suka cara dia mengajar. pada suatu hari, beliau bertanya, "Jika kamu diberi pilihan, nak jadi jutawan ataupun hipup susah, duit pun cukup-cukup makan je, mana yang kau akan pilih?". Semua orang didalam dewan kuliah senyap, dan hanya menjawab didalam hati sebab dah tahu, ini soalan perangkap.
Didalam hati saya menjawab,"sudah tentulah nak jadi jutawan, aku tidak mahu hidup susah."
Prof. menyambung, "Cuba kamu bayangkan, dalam setahun kamu mendapat gaji RM 10,000,000 (sejuta), sanggupkah kamu mengeluarkan zakat sebanyak RM 2,500,000?" semua orang didalam kuliah terdiam. "Dan sekarang cuba kamu bayangkan, setahun kamu hanya mendapat gaji sebanyak RM 10,000 , sanggupkah kamu mengeluarkan zakat sebanyak RM 2,500?"
"Diantara dua situasi tersebut, yang mana pemberian zakat yang lebih IKHLAS?"
"Kadang-kadang, orang yang kaya ujiannya lebih berat, tetapi cuma kita sahaja yang susah nak nampak ia sebagai ujian."
Renung-renungkanlah.
Rigards,
Fareez
020914
Kebanyakkan bahan-bahan di bahagian ini adalah salinan daripada kata-kata dari keluarga, sahabat, guru dan kenalan saya di Facebook. Jika anda tidak berpuas hati mahupun tidak mahu mana-mana posting di bahagian ini, sila hantarkan comment anda di sini